SELAMAT DATANG

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Blog SKLB

Tuesday, November 3, 2009

SEJARAH SEKOLAH





LATAR BELAKANG JELI

Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli - Dabong.

Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, Jajahan Tanah Merah di sebelah timur, Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan Negeri Perak di sebelah barat, merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan.

Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di jajahan ini. Ia terletak kira-kira 98 kilometer dari Bandar Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat.

Keadaan muka bumi 82% adalah berbukit-bukau, hutan-rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak diantara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Sungai-sungai utama ialah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah.


TEMPAT -TEMPAT MENARIK


Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik di Jeli. Antaranya ialah :-

  • Gunung Reng
  • Homestay Kampung Bkt.Jering
  • Air Terjun Lata Janggut
  • Kolam Air Panas Jeli
  • Pusat Kraf Tangan Dan Pameran Ornag Asli Jeli
  • Air Terjun Lata Renyok, Lubok Bongor

SEJARAH SK.LUBOK BONGOR, JELI, KELANTAN.







Sekolah ini mula ditubuhkan sekitar tahun 1945. SKLB terletak di dalam daerah Jeli dan berada kira-kira 20 km dari bandar Jeli. SKLB berada di tepi laluan utama antara bandar Jeli - Dabong. Jalan ini juga merupakan laluan alternatif ke Gua Musang.





GAMBAR: GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN
BANGUNAN TAMBAHAN SKLB PADA TAHUN 1973

No comments:

Post a Comment