SELAMAT DATANG

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Blog SKLB

Sunday, November 8, 2009

PENGUMUMAN

Dua orang guru SKLB bertukar ke sekolah baru pada sessi 2010 depan. Mereka ialah :






1-EN.MOHD ZABIDEE B.RAZALI(Ke Sk.Sri Suria(1) T,Merah)










2.EN.NORHASNAN B.ALIAS (Ke Sk.Lubuk Setol R.Panjang,P.Mas)






  • TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada 4 orang pelajar tahun 6 yang memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Daripada kami guru-guru, warga sekolah serta PIBG SKLB. Mereka terdiri daripada:





KEPUTUSAN 5A
  1. BALQIS BT.MOHD BAIJURI
  2. NIK NURHAFIEZA BT.NIK ROSIDI
  3. SYAHADAH BT.CHE NASIR
  4. SITI NUR ATIKAH BT.ROSLI
KEPUTUSAN 4A

1.MOHAMAD ILMAN B.ABD.AZIZ
2.MUHAMMAD NAIF B.MOHD NAZRI
3.SABARIAH BT.MOHAMED


TAHNIAH DAN SYABAS! SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA WARGA SKLB.

  • Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 SKLB telah diadakan pada 16 November 2009(Isnin). Perasmian dibuat oleh YB Datuk Hj.Abd.Aziz b.Derashid.(Adun K.Balah)

  • Majlis perasmian Laman Blog SKLB telah disempurnakan oleh Tn.Guru Besar SKLB semasa perhimpunan mingguan pada 15 November 2009. Terima kasih.
http://sklbjeli.blogspot.com
Email: sklubokbongor@gmail.com

Saturday, November 7, 2009

UPSR














ANALISA PENCAPAIAN KECEMERLANGAN UPSR SKLB



















KECEMERLANGAN
TAHUN BIL 5A 4A 3A 2A 1A LSM

AMBIL BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
2005 64 0 0 3 4.7 3 4.7 5 7.8 9 14 25 39
2006 68 3 4.4 5 7.3 5 7.3 9 11.7 12 18 32 47
2007 71 2 2.8 6 8.5 3 4.2 4 5.6 10 42 30 42
2008 65 2 3.1 4 6.2 3 4.6 10 15.3 18 28 35 54
2009 67
4
5.9
3
4.5
6
8.9
8
11.9
19
28.4




























































































































Thursday, November 5, 2009

DIARI 2009

BULAN NOVEMBER

02-04 Nov 2009 (Isnin-Rabu)
  • Peperiksaan Akhir Tahun bermula

05 Nov 2009 (Khamis)


  • Seramai 15 orang murid Tahun 5 Arif menyertai Summer Camp di Hostel Pantai PCB selama 3 hari (5-7 Nov 09) anjuran Kesedar Jeli.
09 Nov 2009 (Isnin)
  • Mesyuarat Guru Akhir Tahun Berlangsung Di Bilik Wawasan

11 Nov 2009 (Rabu)

  • En.Setapa b.Mahmood PPK Kurikulum dari JPN hadir ke sekolah untuk sesi pemantauan. Beliau hadir jam 8.00 pg dan pulang jam 1.30 tgh.
  • 50 orang murid penghuni asrama putera dan puteri membuat lawatan ke Muzium Negeri Kelantan, Sweet Beach Resort Tok Bali, P.Puteh, Kelantan.
  • Gotong-royong 'AYUH CEGAH DENGGI' dibuat pada sebelah paginya.

16 Nov 2009 (Isnin)

  • Majlis Anugerah Kecemerlangan SKLB diadakan. Perasmian dibuat oleh YB.Hj.Abd.Aziz b.Derashid (Adun Kuala Balah)

19 Nov 2009 (Khamis)

  • Keputusan UPSR diumumkan. 4 orang pelajar SKLB memperolehi 5A, 3 orang mendapat 4A. Kelulusan 55%. Syabas dan Tahniah!

Wednesday, November 4, 2009

MOTIVASI

Masa aktif

08 November 09

Ada pelajar yang suka belajar di waktu pagi, ada yang suka belajar di waktu malam dan ada pelajar yang suka belajar di waktu petang. Walau apa pun pilihan anda, pastikan masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk minda anda mempelajari sesuatu.

Selalunya pelajar suka mendengar nasihat yang terlalu umum seperti masa yang terbaik untuk belajar adalah pada waktu awal pagi atau lewat malam. Sebenarnya, ini semua bergantung kepada masa aktif anda.

Apa yang saya maksudkan dengan masa aktif ialah satu masa di mana anda merasa mudah untuk belajar sesuatu. Masa aktif saya adalah selepas bangun tidur, tidak kira tidur waktu malam atau siang. Jika semasa saya belajar dan mula rasa tidak dapat menyerap apa yang saya pelajari, saya akan berhenti untuk tidur sebentar. Apabila saya bangun, minda saya akan segar semula dan saya akan dapat belajar dengan lebih aktif. Ini adalah cara saya menggunakan masa aktif saya, bagaimana pula dengan anda?


Tabiat buruk yang harus dielakkan

09 November 09

Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.

Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah la topik ni cikgu”. Baru sahaja cikgu terangkan tentang topik baru itu, mereka dah kata ” pening la kepala saya cikgu”. Baru sahaja cikgu suruh buat latihan, mereka dah kata “tak boleh buat la cikgu”.

Ini adalah satu tabiat yang sangat buruk. Kita perlu sedar satu perkara. Ada satu bahagian di dalam otak kita yang bergerak balas terhadap arahan kita. Ia akan memastikan reaksi tubuh badan kita selari dengan apa yang kita arahkan. Contohnya, bila anda kata susah, bahagian otak ini akan bergerak balas dengan membuat tubuh badan anda kelihatan seperti orang susah. Anda akan duduk macam orang susah dan muka anda juga kelihatan susah. Akibatnya, anda benar-benar merasa susah dan tidak mungkin dapat mempelajari topik baru itu.

Jadi, buat permulaan, hindari daripada menyebut perkataan negatif di atas. Walaupun anda merasa susah semasa mempelajari sesuatu topik baru, bersabar dan teruskan usaha. Tarik nafas dalam-dalam dan wujudkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh memahami topik baru itu.


Teknik Belajar Matematik

1o November 09

Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. :)

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, :) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.


DOA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”


“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”


“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

BILIK KHAS

PEJABAT SEKOLAH


BILIK GURU




BILIK MUZIK



BILIK P.AKSES




BILIK K.HIDUP




BILIK PEMULIHAN




BILIK SBT




DEWAN TERBUKA GEMILANG





KANTIN SEKOLAH




BILIK STOR PEKERJA

BERITA SEMASA

BERITA TERKINI:

Hari ini 19 November 2009 (Khamis) keputusan UPSR telah diumumkan. Alhamdulillah SKLB telah membuat kejutan besar kerana daripada 67 calon, 4 orang pelajar telah memperolehi keputusan cemerlang 5A dan 3 orang pelajar pula telah memperolehi 4A. SKLB telah menjadi juara di dalam sekolah-sekolah daerah Kuala Balah.Analisa UPSR: Daripada 67 calon, 4 orang -5A, 3 orang -4A, 6 orang -3A, 8 orang -2A dan 19 orang -1A. Lulus semua subjek 37 orang(55%). Manakala bilangan A mengikut mata pelajaran pula : BMK 18orang(26.9%), BMP 41 orang(61.2%), B.ING 7 orang(10.4%), MATEMATIK 12 orang(17.9%) dan SAINS 8 orang(11.9%). Berikut Nama-nama mereka yang berjaya:

KEPUTUSAN 5A


1.BALQIS BT.MOHD BAIJURI
2.NIK NURHAFIEZA BT.NIK ROSIDI
3.NOR SYAHADAH BT.CHE NASIR
4.SITI NUR ATILKAH BT.ROSLI

KEPUTUSAN 4A

1.MOHAMAD ILMAN B.ABD.AZIZ
2.MUHAMMAD NAIF B.MOHD NAZRI
3.SABARIAH BT.MOHAMED

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN.


5 Nov 2009 (Khamis)
3.Seramai 15 orang murid tahun lima terpilih untuk mewakili SKLB ke program 'SUMMER CAMP' anjuran KESEDAR di Tok Bali P.Puteh pada 5-7 November 2009 ini. Mereka akan bertolak pada jam 9.30 pagi. Selamat Berangkat.





10 Nov 2009(Selasa)
6. Beberapa kelas telah mengadakan jamuan akhir tahun pada minggu ini.


Gambar: Kelas 5 Arif adakan jamuan akhir tahun pada 10 Nov09(Selasa)





11 Nov 2009 (Rabu)
Seramai 50 orang pelajar penghuni asrama membuat lawatan ke Sweet Beach Resort selama 2 hari bermula 11-12 Nov 2009. Mereka turut melawat Muzium Negeri Kelantan dalam perjalanan pergi.





Murid-murid SKLB telah mengadakan gotong-royong 'AYUH CEGA DENGGI' bermula jam 7.45 pagi tadi.










Tuesday, November 3, 2009

PAUTAN

AKHBAR

AKHBAR UTUSAN MELAYU

AKHBAR BERITA HARIAN

AKHBAR HARIAN METRO

SINAR HARIAN EDISI KELANTAN

UNIVERSITI

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

KEMENTERIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


PORTAL KERAJAAN MALAYSIA

BANK-BANK

BANK ISLAM

MAYBANK2U


PENDIDIKAN


PORTAL PENDIDIKAN


IKLAN BARANGAN

MUDAH.COM

LELONG.COM

KENEGARAAN

1MALAYSIA


RESEPI

MESRA RESEPI

ALBUM

LINK KE ALBUM PHOTOBUCKET KLIK DI SINI






MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2009











PELAJAR TAHUN 6 MENGHADAPI
PEPRIKSAAN AKHIR TAHUN 2009









PASANGAN DUET NAZRI&TIE
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA09














SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2008 (ACARA BAKAR LEMANG)









SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
(PK HEM SBG KEEPER FUYOO!)











SAMBUTAN HARI RAYA
PERINGKAT SEKOLAH 2009





LINK KE ALBUM PHOTOBUCKET KLIK DI SINI

PANORAMA

PINTU DEPAN SKLB






KONDOMINIUM GURU SKLB




2 BLOK BANGUNAN SEKOLAH 4 TINGKAT




LAMAN UTAMA SKLB




LAMAN TENGAH SKLB





SUDUT ANTIDADAH SKLB




BALAI BACAAN





HENTIAN ILMU




KANTIN




TAMAN DEPAN ASRAMA




ENROLMEN

ENROLMEN MURID SKLB TAHUN 2009






TAHAP 1






KELAS L P JUM
PRA SEK 13 12 25
1 ARIF 16 11 27
1 BIJAK 16 10 26
2 ARIF 11 12 23
2 BIJAK 16 10 26
3 ARIF 9 22 31
3 BIJAK 16 14 30
JUM 97 91 188










TAHAP 2






KELAS L P JUM
4 ARIF 13 13 26
4 BIJAK 17 6 23
5 ARIF 12 17 29
5 BIJAK 14 14 28
6 ARIF 15 19 34
6 BIJAK 16 16 32
JUM 87 85 172
JUM.BESAR 184 176 360