SELAMAT DATANG

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Blog SKLB

Tuesday, March 27, 2012

Juara Bola Sepak Peringkat MSSD Jeli

Jeli- Pasukan hebat,itulah yang dapat diberikan kepada pasukan bola sepak bawah 12 Sekolah kebangsaan (SK) Lubok Bongor setelah muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah menjuarainya pada tahun lepas.Kejohanan bola sepak MSSD Jeli 2012 telah berlangsung selama dua hari di SK Gemang.

SK Lubok Bongor akan mewakili Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)Jeli ke kejohanan MSSK kelantan yang akan diadakan pertengahan bulan nanti.

Dalam kejohanan yang diadakan ,SK Lubok Bongor menewaskan SK Legeh dengan jaringan 2-0 pada peringkat separuh akhir dan muncul juara setelah menewaskan pasukan SK Ayer Lanas pada aksi perlawanan yang penuh dramatik menerusi penentuan sepakan penalti. 6-5 setelah kedudukan terikat tanpa jaringan hingga keminit akhir perlawanan,sekaligus terus mengekalkan kejuaraan peringkat MSSD jeli bagi tahun 2012.

Pengurus serta merangkap jurulatih pasukan SK Lubok Bongor, En. Arman Zaini Md Zain berkata kemenangan merupakan hadiah kepada semua pemain dan jurulatih yang telah berusaha keras sejak awal persekolahan.

Disamping itu,sokongan dan dorongan yang diberikan oleh Guru Besar SK Lubok Bongor ,Md Zulkiflee Mustapha mencetuskan semangat untuk pemain mengungguli kejohanan kali ini.Menurut En.Arman lagi,tiada kejayaan tanpa kerjasama semua warga sekolah .IzudinFT17
 

No comments:

Post a Comment